bersama-anak-anak-adik-kenalan2

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Adalah sukar untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga kalau anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri.

Di Serizana Beauty & Collection, kami menjual pelbagai produk kesihatan & kecantikan. Namun di halaman website ini, kami mengkhususkan produk dari Herba Prima Marketing untuk dikongsi bersama anda.

Di samping itu juga, laman web ini kami juga menyediakan info kesihatan untuk membantu anda menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Lebih banyak info kesihatan akan dimuatkan dari masa ke semasa. Sila kembali lagi untuk mendapatkannya.

Info kesihatan yang diberikan adalah bertujuan untuk ilmu pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan nasihat perubatan atau rawatan. Sekiranya anda memerlukan nasihat perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.

AWAS UBAT TIRUAN

Masalah produk tiruan telah sekian lama membelenggu pasaran dunia. Tidak kira apa jua produk, asalkan ia boleh mendatangkan keuntungan pasti akan dikeluarkan dalam bentuk tiruan. Dari segi barangan seperti pakaian ataupun cakera cetak rompak, ia hanya merugikan pihak pengeluar. Bagaimanapun, produk yang dimakan membawa ancaman besar kepada pengguna terutamanya jika ianya ubat yang diperlukan untuk merawat penyakit tertentu. Ubat tiruan menjadi sasaran sindiket pemalsuan berikutan untung besar yang mudah diperoleh dengan menjual ubat `rojak’ yang menyerupai ubat sebenar.

Diumpan dengan harga yang murah sedikit daripada ubat tulen, ramai pesakit yang terpedaya dan menerima padahnya apabila ubat itu tidak membantu, malahan mungkin memburukkan lagi keadaan. Pesakit dikira bernasib baik jika ubat tiruan yang diambil tidak memberikan sebarang kesan tetapi jika terdapat bahan beracun di dalamnya, kemungkinan besar keadaan pesakit menjadi semakin teruk sehinggakan boleh membawa maut. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 10 peratus ubat di pasaran merupakan ubat tiruan dengan anggaran nilai AS$22 bilion (RM73.66 bilion). Jumlah ini dijangka meningkat 13 peratus setiap tahun sehingga 2010 sehingga bernilai AS$75 bilion (RM251.11 bilion).

Di atas untung berbilion ringgit ini, pengeluar ubat tiruan terus berani menjalankan perusahaan haram mereka. Tambahan pula, mereka tidak terikat dengan undang-undang yang membawa hukuman berat seperti penjara atau hukuman gantung dan seringkali hanya perlu membayar sedikit denda jika tertangkap. Akhirnya, yang paling teruk teraniaya adalah pesakit sendiri yang cuba menjimatkan sedikit perbelanjaan rawatan.